Headlines News :
Home » » DUA BELAS NAMA-NAMA SUCI ALLAH

DUA BELAS NAMA-NAMA SUCI ALLAH

Ramai di kalangan kita termasuklah bapak sendiri akan terkejut bila kita mengetahui bacaan Asma ul Husna yang dicantumkan dengan satu atau beberapa lagi Asma ul Husna yang lain akan memberikan hasil yang sungguh mustajab bagi doa kita.

Para Sufi yang mempelajari dan mengamalkan nama-nama ini dengan niat hanya untuk beribadah semata-mata kepada Allah SWT. Mereka bukan hanya mahu meninggalkan keduniaan malah apa-apa keuntungan akhirat pun bukan menjadi matlamat mereka. Yang penting mereka hanya mahu mengabdi kepada Allah Yang Maha Satu ( menjadi kekasihNya. )

Bagi para sufi ini, sentiasa bezikir dengan 12 nama-nama Allah yang mewakili sifat-sifat tertinggi Allah SWT adalah asas penting untuk menang dalam jihad melawan nafsu syaitan. Mereka akan beribadat di tempat sunyi dan terasing sambil bermunajat agar Allah mendekatkan mereka kepadaNya.

Nama-nama ini dibacakan di beberapa peringkat yang berlainan dalam kehidupan mereka di samping dilakukan di beberapa tempat yang berlainan di Makkah, Madinah dan juga Gunung Arafah.

Nama-nama yang dimaksudkan adalah :

1. LA ILAHA ILLALLAH
2. ALLAH
3. HU
4. AL-HAQQ
5. AL-QAYYUM
6. AL-HAAYU
7. AL-QAHHAR
8. AL-WAHHAB
9. AL-FATTAH
10. AL-WAHID
11. AL-AHAD
12. AS-SOMAD

Nama-nama ini seharusnya di hafal dan di ingati sentiasa dalam hati. Baik semasa dalam keadaan sedih atau gembira. Nama ini sewajarnya secara otomatik diseur oleh hati setiap mukmin.
Dan mereka yang tunduk tentunya akan merasa tenang dengan sentiasa mengingati Allah.

Berzikir atau mengingati Allah ST yang telah menjadikan kita hendaklh dlakukan setiap hai, setiap masa dan di mana jua kita berada.
Bacalah kalimah Toyyibah yang menjadi rukun Islam pertama ini.

Sabda Nabi S.A.W. :
Zikir yang terbaik untuk kita ucapkan ialah yang diamalkan oleh para Nabi dan aku, itulah kalimah Toyyibah : LA ILAHA ILALLAH.
Share this article :

0 komentar:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Video

Artikel dan Arsip

 
Support : Creating Website | GalihGumelar.com | Konsultasi Galih Gumelar
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Konsultasi OnLine - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by www.galihgumelar.com